INI ISI HATI LELAKI...

Sunday, February 15, 2009

aku tempek balik coretan lama dari sebuah forum.

INI ISI HATI LELAKI...
by: riorashid


untuk semua lelaki...
asalkan saje nko tu bukan gay...
kita semua punya aweks, atau bakal punya aweks.
ada antara kita yg sudah punya isteri...
dan mereka semua wujud sebagai seorg pompuan!
selama nieh kita sekadar sering membaca isi hati pompuan, tentang girl rulez!
skang saat kita para lelaki menyatakan isi hati kita...
LUAHKAN INI KEPADA AWEKS2 KITA, ISTERI2 KITA!

untuk semua pompuan...
ini cerita dari sisi kami, kaum lelaki! kaum adam!
tapi dalam kelompok yg kami labelkan 'maskulin'...
aturan kami yg perlu diketahui oleh para aweks2, isteri2... kaum hawa!

1. tidak semua lelaki boleh membaca fikiran kamu
saat kamu murung tanpa suara... susah sangat ke nak cakap direct...??
"saye lapar.." "saye nak beli baju tu..." "pujuk ler saye.."


2. cakap apa yg kamu mahu...
sindir halus kami x faham, sindir kasar kami x faham,
body language lagi x faham... cakap je terus terang... senang je kan?!

3. YA dan TAK...
itu saje jawapan yg paling mudah kami faham... simple je!!
kami tak tahu nak telah maksud jawapan

"entahlah..." "tak tahu..." "tengoklah camana..."

4. ceritakan terus masalah kamu kerana kami mahu SELESAIKAN!
jangan cerita kalo kamu sekadar nak harapkan SIMPATI dari kami...
bleh dapatkan tu suma dari teman2 pompuan kamu, cerita je kat mereka!

5. hari minggu masa untuk berehat
jadi jangan harap kami dapat temani kamu
seharian jalan2 ronda2 semua mall seluruh klang valley!

6. shopping bukan exersize, kami takkan terfikir ke arah itu.
shopping cuma shopping... kalo nak, amik & bayar je...
beza kedai A & kedai B cuma singgit, tak payah le nak keliling seantero kl
jelajah mall ke mall untuk mencari yg paling murah.

7. menangis adalah ugutan.
kami lebih rela dengar guruh, petir, bom meledak dari
dengar tangisan kamu yg buatkan kami kejang & tak mampu berbuat apa.

8. sakit kepala 17 bulan tu PENYAKIT... gi je jumpa doktor sana!!

9. semua janji kami 6 bulan dulu jangan terus ditagih...
boleh saje luput dalam masa 7 hari!
janji kami nak harung lautan api, daki gunung tertinggi,

nak belah dada cuma klise... jangan laa amik serius!

10. kalo kamu tak mahu pakai baju macam model2 pakaian dalam...
jangan harap kami dapat jadik perfect macam hero2 telenovela!

11. kalo kamu fikir kamu debab, kamu dah kerepot,
kamu tak cantik... mungkin iyee!!
jangan tanya kami.......

CERMIN LEBIH JUJUR DARI SEORANG LELAKI!

12. kamu bleh menyuruh kami selesaikan sesuatu
ATAU buat sesuatu ikut cara kamu...
tapi jangan KEDUA2nya, dear!
kalo kamu fikir ikut cara kamu lebih baik... buat je sendiri!

13. kalo nak cakap ape2 tunggu je masa iklan...
jangan sibuk nak bercakap masa tendangan penalti!


14. kami bukan budak kecik
yg harus diingatkan "jangan lupa makan", "tidur lena2 yea...", blablabla
itu cuma membazirkan kredit!

15. kalo gatal, garu sendiri! kami pom akan buat camtu jugak...

16. kalo kami bertanya kamu cakap "tak ade ape2",
kami akan berfikir memang kamu tak ade ape2.
ingat seperti no.1 kat atas nuh... cakap direct, dear! CAKAP DIRECT!!!!

17. kalo kita berdua harus pegi ke sesuatu majlis bersama,
kamu pakai panties aje pun kami tak kisah....
jadik jangan bagi alasan x bleh pegi pasal xde baju nak pakai!

18. jangan tanya apa yg kami fikir
kecuali kamu memang nak bersembang pasal bola,
snooker, mancing, atau camana plak nak modified kete pasni...

19. kami x suka berdebat melibatkan hati & perasaan,
kami hanya pakai hukum logik!

20. kami tak punya banyak masa
untuk menunggu kamu siap bersolek & berhias,
kalo nak keluar bersama pukul 8 malam,
siapkan cepat2 semuanya pukul 2 petang...
bukan dalam masa kami sedang menunggu!



terima kasih kepada kamu, semua pompuan yg membaca... faham???
kalo dah faham, bagus... errr malam karang kami kena tido kat sofa... huhuu!!

3 comments:

Anonymous said...

Ketegasanmu menawan hatiku....

piNky LuCiA on March 8, 2009 at 7:53 PM said...

aku setuju.. shoping tu.. tak yah.. bckap kena direct.. nak kata nak.. tak nak kata tak nak.. aku pun kdg2 tak faham jugak ngn laki.. lelaki ni ade jugak yg mcm pompuan..

kesimpulannya... klu da hidup sebumbung kena laa saling faham memahami..

i like ur style.. sbb aku pun mcm tu.. suke terus terng..tak suka shoping..tp aku takdelaa mcm lelaki.. cuma suka benda yg senang..

pnjng laa plak aku mngoment.. mcm nak wt entry.. hahahaha. sory..

bina badan on March 9, 2010 at 11:01 PM said...

Jom Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Untuk Lelaki Disini....Agar Anda Kelihatan Lebih Kacak Dan Macho....
Jangan Segan2..Milikilah Badan Impian Anda Sekarang.....

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada