lamanya tak update blog... huhu!
previu la sikit new artwork untuk majalah APO? 2010...
tajuknya REMY: THE DRAGON HUNTER...
kisah seorg pemburu naga yg poyo macam pelukisnya la jugak... haha!!
TRY PAKAI BERUS...
Wednesday, September 2, 2009
dah bertahun tak melukis guna berus...
try balik semalam, rasa best & cool plak! heh...
kat bawah tu hasil keje guna berus tanpa sketch.
satu hal lagi, pakai berus ni lebih smooth & mencepatkan keje
berbanding melukis pakai pen selama ni... berpeluh nak
lakar line supaya nampak tebal-nipis.
pasni nak mantain terus melukis pakai beruslah... owhyeahhh!!
E-CARD RAYA 2006
Sunday, August 23, 2009
ecard ni gwe buat tahun 2006 lagi kalo tak silap... jumpa balik dalam
harddisk lama... saje nak bangkitkan awal2 kemeriahan hari raya kepada
diri-sendiri.
nama 'sandra' dalam ecard ni my ex-gf yang dah nak jadik bini org dah
lepas raya nanti... in advance, selamat pengantin baru kepada 'sandra'...
"it take a minute to have a crush on someone,
an hour to like someone and a day to love someone
- but it take a lifetime to forget someone..."

MY 1ST COVER...
Saturday, August 22, 2009
majalah APO? isu 256 mencatat sejarah peribadi untuk gwe
kerana ini cover pertama yg gwe lukis untuk majalah APO?
yang best & glamer nak mampos ni! isu ini jugak jadik hadiah
ramadan paling bermakna pasal ianya bumper puasa 2009.
selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua yg sudi menjenguk
blog gwe yg cikai seadanya ini... syukur kita masih bleh
menyedut oksigen ramadan 1430! barakallah...
CARIOCATURE 2
Saturday, July 4, 2009
ni beberapa bijik caricature yg gwe buat tahun lepas...
ilustrasi untuk sebuah buku kanak-kanak!
see more caricatures from me here!
ilustrasi untuk sebuah buku kanak-kanak!
see more caricatures from me here!
MSC-IPCC SAMPLE BACKGROUND
Tuesday, May 19, 2009
COVER APOLUSIA 249
Sunday, April 26, 2009
APOLUSIA ni segmen sisipan dalam majalah APO?
selalunya pandan yang buat cover APOLUSIA ni... tapi isu
ni aku baru teringat belum dapat cover tu dari dia
untuk siapkan grafik APO? isu 249 (dateline hari isnin nieh!)
jadi terpaksa la bertungkus-lumus dalam sejam lebih malam ni
untuk lukis & warna cover APOLUSIA isu 249...
... inspired by CHEEK'S!!
CINTAN PICISAN - ORIGINAL SONG BY RIO
lagu ni anthem untuk komik 'CINTAN PICISAN' dalam majalah APO?
ini just trial version dulu... music pun pakai gitar tong aje.
tunggulah nanti free sket unt buat proper recording berserta VCnya!
klik sini ---> http://www.gundu.my/audio/743
CINTAN PICISAN
verse 1:
bila kita meniti hari ini
dalam tawa dan canda
jangan lupa mungkin suatu hari
ada hiba yg kan menyapa
oh,sesungguhnya tak pernah ku sangsi
mahu kau slalu bersama
kurencanakan semua yg indah
tentang hari muka kita (berdua)...
verse 2:
memang ku mahukan taman hati
harum mekar berbunga
jangan dibiarkan mungkin nanti
kan layu gugur akhirnya
oh,percayalah mentari bersaksi
kaulah sebenar cinta
kumahkotakan dirimu itu
tinggi di mercu jiwa...
chorus:
ku mahu cintamu
hingga ke akhir hayat dunia
ku mahu cintamu
selagi hidup masih tersisa
ku mahu cintamu
selalu ada...
(ulang verse 1 & chorus)
bridge:
takkan sekali ku berpaling darimu
takkan sekali ku melukakan hatimu
takkan sekali ku mungkiri janjiku
takkan sekali ku mempersiakanmu
lagu & lirik :: riorashid

CINTAN PICISAN (2)
Thursday, March 19, 2009
THE RING-RING LAGI...
Wednesday, March 11, 2009
HILANG - ORIGINAL SONG BY RIO
Sunday, March 1, 2009
lagu ni tajuknya "HILANG"...
gwe cipta tahun 2007 & composed secara amatur pada tahun 2008.
home recording aje ni... bukan dalam bentuk 'demo' lagi!
cuma sebuah lagu cengeng manifesti perasaan di kala sepi... heks!
slowkan aje soundnya kalo lagu ni mendera saraf pendengaran nkorang... haha!
klik sini ---> http://www.gundu.my/audio/606
HILANG
seumpama tiada lagi
harapan yang pernah kami mimpi
segala bagaikan misteri
tertanya ke mana dia pergi
tinggalkan aku tanpa pesanan
biarkan aku meruntun perasaan
ke mana hilang dia kini
mengapa hibakan ku begini
segala khilaf ku akui
apakah ini cara memaafi
jangan tanyakan pahit sengsara
harus ku telan setelah dia tiada
reff:
cintaku ke mana lamanya menghilang
jejaknya tiada terjelang
cintaku ke mana lamanya menghilang
rinduku pedihnya menerjang
bridge:
hatiku takkan pernah berpaling
selain dia
dirinya takkan pernah terasing
di ruang jiwa
ku damba seusia hayat ini
hanyalah dia
akan ku setia menanti
ke hujung nyawa

CINTAN PICISAN (1)
Thursday, February 26, 2009
ini satu lagi karektor komik baru gwe
untuk majalah APO?... selain THE RING-RING.
unpublished lagi nieh... coming soon in APO? isu 245.
eksklusif untuk semua pengunjung blog gwe sajeee...
pasal nkorang suma mmg best!
jadik untuk support & menatap printed version
jangan lupa dapatkan majalah APO? isu 245 nanti!
.....

ARTWORK APO? 243
Tuesday, February 17, 2009
ni bleh kate latest artwork la lepas lama jugak tak berkartun.
ade dalam majalah APO? isu 243, ade kat market lagi skang.
coming soon more...
ade dalam majalah APO? isu 243, ade kat market lagi skang.
coming soon more...
AMIK GAMBO DENGAN FLASH!
Monday, February 16, 2009
okey... arini kita ade kelas fotografi...
perbezaan antara amik gambo tanpa flash & amik gambo dengan flash
cuba tengok betul2 perbezaan antara kedua2 gambo kat bawah ni!
ni pic yang diambil bukan dengan flash...
nampak gelap, dull & kurang menarik kan???
okey... skang cuba bandingkan dengan
pic yg diambik dengan flash kat bawah sanaaaa...!!
terima kasih kepada emy & her fren yang sudi menjadi model.

INI ISI HATI LELAKI...
Sunday, February 15, 2009
aku tempek balik coretan lama dari sebuah forum.
INI ISI HATI LELAKI...
by: riorashid
untuk semua lelaki...
asalkan saje nko tu bukan gay...
kita semua punya aweks, atau bakal punya aweks.
ada antara kita yg sudah punya isteri...
dan mereka semua wujud sebagai seorg pompuan!
selama nieh kita sekadar sering membaca isi hati pompuan, tentang girl rulez!
skang saat kita para lelaki menyatakan isi hati kita...
LUAHKAN INI KEPADA AWEKS2 KITA, ISTERI2 KITA!
untuk semua pompuan...
ini cerita dari sisi kami, kaum lelaki! kaum adam!
tapi dalam kelompok yg kami labelkan 'maskulin'...
aturan kami yg perlu diketahui oleh para aweks2, isteri2... kaum hawa!
1. tidak semua lelaki boleh membaca fikiran kamu
saat kamu murung tanpa suara... susah sangat ke nak cakap direct...??
"saye lapar.." "saye nak beli baju tu..." "pujuk ler saye.."
2. cakap apa yg kamu mahu...
sindir halus kami x faham, sindir kasar kami x faham,
body language lagi x faham... cakap je terus terang... senang je kan?!
3. YA dan TAK...
itu saje jawapan yg paling mudah kami faham... simple je!!
kami tak tahu nak telah maksud jawapan
"entahlah..." "tak tahu..." "tengoklah camana..."
4. ceritakan terus masalah kamu kerana kami mahu SELESAIKAN!
jangan cerita kalo kamu sekadar nak harapkan SIMPATI dari kami...
bleh dapatkan tu suma dari teman2 pompuan kamu, cerita je kat mereka!
5. hari minggu masa untuk berehat
jadi jangan harap kami dapat temani kamu
seharian jalan2 ronda2 semua mall seluruh klang valley!
6. shopping bukan exersize, kami takkan terfikir ke arah itu.
shopping cuma shopping... kalo nak, amik & bayar je...
beza kedai A & kedai B cuma singgit, tak payah le nak keliling seantero kl
jelajah mall ke mall untuk mencari yg paling murah.
7. menangis adalah ugutan.
kami lebih rela dengar guruh, petir, bom meledak dari
dengar tangisan kamu yg buatkan kami kejang & tak mampu berbuat apa.
8. sakit kepala 17 bulan tu PENYAKIT... gi je jumpa doktor sana!!
9. semua janji kami 6 bulan dulu jangan terus ditagih...
boleh saje luput dalam masa 7 hari!
janji kami nak harung lautan api, daki gunung tertinggi,
nak belah dada cuma klise... jangan laa amik serius!
10. kalo kamu tak mahu pakai baju macam model2 pakaian dalam...
jangan harap kami dapat jadik perfect macam hero2 telenovela!
11. kalo kamu fikir kamu debab, kamu dah kerepot,
kamu tak cantik... mungkin iyee!!
jangan tanya kami.......
CERMIN LEBIH JUJUR DARI SEORANG LELAKI!
12. kamu bleh menyuruh kami selesaikan sesuatu
ATAU buat sesuatu ikut cara kamu...
tapi jangan KEDUA2nya, dear!
kalo kamu fikir ikut cara kamu lebih baik... buat je sendiri!
13. kalo nak cakap ape2 tunggu je masa iklan...
jangan sibuk nak bercakap masa tendangan penalti!
14. kami bukan budak kecik
yg harus diingatkan "jangan lupa makan", "tidur lena2 yea...", blablabla
itu cuma membazirkan kredit!
15. kalo gatal, garu sendiri! kami pom akan buat camtu jugak...
16. kalo kami bertanya kamu cakap "tak ade ape2",
kami akan berfikir memang kamu tak ade ape2.
ingat seperti no.1 kat atas nuh... cakap direct, dear! CAKAP DIRECT!!!!
17. kalo kita berdua harus pegi ke sesuatu majlis bersama,
kamu pakai panties aje pun kami tak kisah....
jadik jangan bagi alasan x bleh pegi pasal xde baju nak pakai!
18. jangan tanya apa yg kami fikir
kecuali kamu memang nak bersembang pasal bola,
snooker, mancing, atau camana plak nak modified kete pasni...
19. kami x suka berdebat melibatkan hati & perasaan,
kami hanya pakai hukum logik!
20. kami tak punya banyak masa
untuk menunggu kamu siap bersolek & berhias,
kalo nak keluar bersama pukul 8 malam,
siapkan cepat2 semuanya pukul 2 petang...
bukan dalam masa kami sedang menunggu!
terima kasih kepada kamu, semua pompuan yg membaca... faham???
kalo dah faham, bagus... errr malam karang kami kena tido kat sofa... huhuu!!

ARTWORK 2005
Friday, February 13, 2009
JIWANG KARAT...
muzik sebahagian dari jiwa aku... bukan niat nak jadik artis pom...
sekadar suka-suka mencipta lagu dan men'sumbang'kan suara sendiri.
ini lagu yang siap dengan animated video clip.
asalnya animasi ini adalah mobile-content yang aku compilekan
menjadi sebuah vc lengkap... enjoy listening this shit, dudes! hahaa...

CARIOCATURE
ini antara hasil kerja karikatur & potret yang pernah aku hasilkan...
untuk lebih banyak informasi mengenai karikatur oleh aku sila
masuk sini ------------------> CARIOCATURE!
untuk lebih banyak informasi mengenai karikatur oleh aku sila
masuk sini ------------------> CARIOCATURE!
ADA APA DENGAN PUISI?
tahun 2004 jadi tahun paling produktif aku menulis puisi...
aku pun tak pasti 'setan sastera' mana yang merasuk aku tahun tu! hahaa...
ni antara puisi yang sempat aku kumpulkan balik...
GERUH SYERSYA
seperti ada geruh sersya
dari pendamba
pada yang bukan takluknya
mesti bernuansa adam
memburu ratirasa
sukar dikamusi dengan tinta
harus dicerna dengan kata
kerana makin dibungkam
makin desah itu mencengkam
bersenjatakan sukma
takluklah jika mampu
jajahlah jika mahu
dan balamadana itu rela undur
dari menghuni kubur
masih seperti ada geruh sersya
dari pendamba
pada yang bukan takluknya…
rio rashid
pandan indah feb 2004
SALJU ROMAWI (I)
redup sekali pada tatapan bundar mata hati
bagai kelopak tulip dititis embun
mencorak pesona tiada terungkap
itu, kedinginan kudus jiwamu
terlalu sukar menutup parut semusim luka
hingga terlayar kesendirian
memudiki alir hidup yang masih jauh
seringnya dikolek sepi
sesekali terdebur rindu
menunggu kasih kehilangan tuju
utuskan senyum mentari esok
hingga suatu saat luruh salju romawi di luar jendela
dan kita berselimut bahagia...
rio rashid 2004
SALJU ROMAWI (II)
kanta almanak membidik jauh
bila cair salju romawi di mercunya
tersketsa agung mahligai sutera kiklades
latarnya ufuk biru komulus nimbus
mahu sekhudrat itu harap yang didakap
dan sedamai itu imaji mimpi kita
ada panji kasih yang dimeterai
saat jemari mulusmu digenggamanku
moga segala janji takkan goyah
terpacak teguh di ancala jiwa
seutuh kota purba dodekanissa
mentari jingga menyuluh senja
bersama menyusur pasiran suci navagio
bila bayu mediterranean memuput rambutmu
rendai ombak menyimbah kakimu
ku bisik perlahan di gigi pantai itu
esok yang indah milik kita bersama...
rio rashid 2004
SEBENTUK RUANG BERNAMA SEPI
saat tinggalkan rumah kenangan itu
ada lagi mimpi yang belum usai dipahat
masih terngiang tawa dan canda
si wajah-wajah cilik, merengek dalam manja
tagih mainan dan belikan gula-gula
tanyakan; "papa kan pulang jam berapa?"
sesungguh rindu
pagi hari minggu yang sering diganggu
pada bingit tengkar di sudut kamar
inginkan kucanting kisah dan bercerita jenaka
terus mereka mengekek tawa
dan seringnya lena di hujung pelukan
bila mama berurusan melangkau harian
menanti aku sediakan sarapan
tulus wajah-wajah itu berbunga harapan
kini semuanya berpancang kenangan
tiada yang pernah tersisa
cengkerik enggan lagi menyanyi
bintangpun tak sudi menemani
cuma elus usang dalam picisan hayat
sepi
sunyi
menunggu mati...
riorashid 2004
MANISNYA SYAHID
(buat assyahid sheikh ahmad yassin)
tersimbah lagi darah suci di bumi anbia
dek rakus mesiu yahudi yang berzaman dicela
akur akan hakikat ALLAH lebih menyayangi
kamu ayahanda yang selamanya kami kagumi
berlalu bersama manisnya syahid
selayaknya untukmu pejuang mujadid
kepergianmu bukan penamat
tapi pencucuh obor baru intifada sejagat!
al-fatihah...
rio arashid
mac 2004
DAMAILAH...
(buat alm. yassier arafat)
runtunnya, paman
bila sela nafas terakhirmu
berlalu dalam jiwa yang terbelenggu
mengiringi seribu mimpiyang tiada tertancap seinci.
tabahnya, paman
hampir seluruh usiamu
segenap khudratmu
menempik merdeka
pada telinga-telinga egois
yang cuma pandai mendengar dusta.
puas sudah, paman
mencari kalam kebenaran
untuk menulis puisi kedamaian
dari gegar al-fatah
yang terlahir dari kebeningan usia
hingga mengemudi PLO yang dicarik layarnya
sedang jiwa-jiwa tanpa dosa
terus diragut cela senjata
itu, cerita air matayang yang takkan sudah
selagi al-aqsa belum rebah.
damailah, paman
damailah...
damailah...
kerana masih ada setangi syurga
mengharumi sisa intifadamu.
rio arashid
november 2004
KAU!
(jawaban puisi 'AKU!')
tribute untuk mentor beratku, alm. chairil anwar (1922-1949)
memangnya kau kan hidup seribu tahun lagi
lewat tinta dan bentak emosi
yang keras kau cantingkan dalam medan kau gelar puisi.
namun tetap terdekap derai
saat mengolek perahu harap
pada cintamu nun jauh di pulau
menyorot penantian di pelabuhan kecil
pada sang puteri, sri ajati
menawan rawan, terindah bujukan
walau katanya... kau tak pernah menyatakan cinta!
terlukis potret lusuh dirimu
mekar dalam berantakan
berutin menongkah kesusilaan
soal materi tak pernah mandiri
kerana dunia kacau itu menghulurmu inspirasi.
persis lolong serigala liar
kau gertak dan mencabar
persis setia pungguk merindu
kau pujuk dan merayu
dalam getar jantung usia
mengisi dekaden hidupmu
yang cuma selebih suku
sayang, ajal memanggil dulu
sebelum sempat memeluk cintamu.
rio rashid
november, 2004
KUMAHU KETEMU CINTAKU
detik merangkak
radar mengelak
laut gelegak
gunung meretak
ah, seluruh isi alam cemburu
waktu kumahu ketemu cintaku...
rio rashid november, 2004
MELAWAN ARUS
kadang kerutinan menjemukan
lagu berontak mula berdendang
bila ambisi dihanyut suratan
jangan khudrat layu memandang.
hidup bukan perahu kertas
susur saja alir yang deras
tiada betah menyongsong
mengabdi di alur mudik
mengekor arus yang sombong
walau keinginan diherdik.
sampai muara, ke laut gelora
membiar terus dironta ombak
sehala asa dihempas lara
tanpa berani bersuara; tidak!
cukup, kini saatnya
siapkan bahtera kita...
biar layar membelah angin
mengayuh hala akaran mula
dinikan dulu sejuta kepingin
walau dinista, dicela segala.
destini arah sendiri penentu
silam cukup takat itu
ini tak lagi kenaifan lalu
biar keterbiasaan menyirna terus
ayuh, bersama melawan arus!!
rio rashid
subang jaya, nov 2004

ANIMANGO STUDIO
ini demoreel animasi oleh animango studio (baca:rio sorang je!) yang dibuat dalam tahun 2005 - 2007. belum termasuk hasil kerja tahun lepas pasal tak banyak sangat job animasi sepanjang 2008.
untuk keterangan lanjut tentang animango studio sila layari http://www.animango.net/
untuk keterangan lanjut tentang animango studio sila layari http://www.animango.net/
ILUSTRASI BUKU KANAK-KANAK
Subscribe to:
Posts (Atom)