Thursday, October 20, 2011

KARIKATUR MALAYSIA - EVENT CARICATURE


hello there!! we offered event caricature service for any event or function all over malaysia. we are a group of profesional cartoonist who had more than 8 years experience in this field. cheer up your family day/ wedding/ anniversary/ party/ product launching/ annual dinner/ etc with CARICATURE CORNER!! give all of your guest a unique & special souvenir!

contact us to know how event caricature can promote your brand or company.


  • RM150 /hour /caricaturist (not including transportation & hotel for event outside klang valley)
  • minimum 2 hours for 1 session (more than 2 hours, the service price can be negotiable)
  • we have up to 5 caricaturist (APO?magazine cartoonist) for 1 session.
please contact:
013.3031.363 (RiO)
or email riorashid@yahoo.com
for further information.



we also offered online caricature service... contact the no. above for more information. TQ! =)
.

Monday, January 18, 2010

DI SEBALIK NAMA: TUNGGU 2 DEKAD

petikan dalam akhbar BERITA HARIAN 16 januari 2010, terima kasih kepada wartawan cik diyanah anuar. =)

Rio puas jika karya dihasilkan dapat menghibur pembaca

UNTUK bergelar kartunis, personaliti ini menempuhi ‘perjalanan’ suka duka hampir 20 tahun. Biarpun dua dekad dianggap suatu tempoh lama, tamu kolum Di Sebalik Nama minggu ini memandangnya dari sudut positif serta menganggap setiap cabaran yang dilaluinya, amat berbaloi.

Akhirnya, mulai tahun lalu, Rio mula berkarya sebagai kartunis sepenuh masa untuk majalah Apo?

Kalau hendak tahu, Rio sebenarnya mula menghantar karya kartun ke pelbagai syarikat penerbitan sejak di bangku sekolah. Namun, peluang menjadi kartunis hanya tercapai ketika beliau sudah matang dan dewasa.

Sejak karya pertama disiarkan di majalah Gelihati terbitan karangkraf pada 1990, hati kecil Rio terus menyimpan hasrat menjadi kartunis.

“Sebelum tamat persekolahan, berpuluh-puluh karya saya tersiar di pelbagai majalah humor biarpun ada antaranya disiarkan dalam ruangan khusus untuk kartunis baru.

“Ketika menyambung pengajian dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), saya berkarya secara sambilan di majalah Gelagat menggunakan nama pena, Asmario.

“Selepas tamat pengajian, saya bekerja dalam bidang seni bina hampir setahun dan kembali ke dunia kartun. Ini kerana jiwa dan minat saya lebih mendalam kepada seni kartun,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Terus bercerita, Rio berkata, beliau terus menimba pengalaman dengan menyertai kumpulan produksi siri animasi, 'Keluang Man' sebagai animator 3D.

“Biarpun bekerja di firma arkitek atau produksi animasi, saya masih berkarya di beberapa buah majalah humor secara sambilan,” katanya.

Peluang merealisasikan impian menjadi kartunis makin cerah apabila kartunis Petai dan Sireh mempelawa Rio menyertai majalah Apo?. Rio ditawarkan tugas sebagai pereka grafik pada 2001.

Bersama Apo?, Rio hanya berkarya secara sambilan kerana banyak tugas rekaan grafik dan multimedia perlu dikendalikannya. Sehingga tahun lalu, kartunis Petai akrhinya menawarkan Rio jawatan kartunis sepenuh masa.

Hampir 20 tahun menempuh pelbagai kenangan pahit manis dalam memburu cita-cita menjadi kartunis, Rio bersyukur segala usahanya membuahkan hasil.

“Saya berharap pengalaman ini menjadi iktibar kepada generasi muda yang ingin berkecimpung dalam bidang kartun... Usah mengalah dan berputus asa dalam mencapai cita-cita menjadi kartunis,” ujar Rio.

Di Sebalik Nama berbicara lanjut dengan kartunis ini...

Berapa lama masa yang diambil untuk anda mendapatkan stroke lukisan kartun yang menjadi identiti diri sebagai kartunis?

Pada peringkat awal. saya meniru stroke kartunis yang diminati ketika zaman persekolahan seperti Gayour dan YazMalee. Bagi mendapatkan stroke tersendiri, ia mengambil tempoh bertahun-tahun.

Saya banyak merujuk karya kartunis tempatan dan luar negara. Hingga kini, saya masih belum berpuas hati dengan stroke lukisan saya dan terus bereksperimentasi hingga stroke yang saya hasilkan mendapat maklum balas positif dari pembaca. Saya sukakan kepelbagaian dalam stroke mengikut tema sesebuah cerita.

Apa yang menarik minat anda untuk menjadikan kartunis sebagai kerjaya?

Secara peribadi, saya seorang yang pendiam. Saya tidak pandai menghiburkan orang di sekeliling saya dengan lawak bersahaja. Jadi, melalui karya kartun, saya harap saya dapat menghiburkan orang.

Jika pembaca tertawa melihat karya yang saya hasilkan, ia menjadi kepuasan kepada saya.

Apa subjek yang sering anda tampilkan dalam karya?

Untuk beberapa karya dalam majalah Apo? seperti Kiddoes United dan Cintan Picisan, saya cuba mengambil subjek ringkas dan senang difahami pembaca.

Hampir semua pembaca Apo? melalui zaman kanak-kanak dan alam percintaan. Sehubungan itu, subjek begini senang untuk diterima. Kiddoes United secara tidak langsung boleh membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak manakala Cintan Picisan dapat dijadikan rujukan supaya hubungan cinta tidak kering dengan sense of humour.

Bagaimana anda memperoleh idea untuk mewujudkan watak seperti dalam siri The Ring-Ring dan Remy The Dragon Hunter?

Filem banyak mempengaruhi hidup serta membentuk mentaliti saya. Selain itu, filem menjadi sumber idea untuk saya manifestasikan dalam karya. Kedua-dua siri ini sebenarnya adalah spoof dari filem yang saya pernah tonton lalu saya cuba mengolahnya dalam bentuk humor.

Selain menonton filem yang berkaitan dengannya, idea untuk siri ini juga diperoleh melalui perbincangan dengan rakan kartunis.

Pada pendapat anda, apakah cara menarik pembaca mendekati majalah humor?

Dibandingkan dengan zaman kanak-kanak dan remaja saya, generasi masa kini dihidangkan dengan banyak bahan hiburan seperti internet dan permainan video.

Bagi saya, cara menarik minat generasi sekarang membaca majalah humor ialah dengan memaparkan cerita dan maklumat yang berkaitan dengan minat dan kehendak mereka.

Sehubungan itu, kartunis perlu mengikuti perkembangan semasa bagi memastikan karya yang dihasilkan seiring dengan perkembangan zaman.

Apabila karya anda ditolak, adakah ia mempengaruhi semangat anda untuk berkarya?

Tidak pernah sama sekali. Saya menganggap reject sebagai proses pembelajaran. Ini kerana mereka yang lebih berpengalaman akan nampak kekurangan yang ada dalam karya kita.

Banyak karya saya ditolak pelbagai syarikat penerbitan. Tetapi, saya menerimanya secara positif. Ini kerana tanpa cabaran seperti itu, mungkin saya tidak akan cuba memperbaiki mutu karya saya.

Boleh berkongsi pengalaman menarik sepanjang bergelar kartunis?

Gelaran kartunis secara rasmi baru saja saya peroleh dalam tempoh tidak sampai setahun. Biarpun selama ini saya berkarya secara sambilan, namun atas faktor kartunlah saya diingati rakan lama terutama yang dikenali sejak dari zaman persekolahan.

Mereka akan ingat kepada saya setiap kali melihat karya saya di majalah atau akhbar. Saya terkejut apabila mengetahui ada rakan lama yang menyimpan semua karya saya sejak zaman persekolahan hingga sekarang.

Apa antara cabaran yang pernah anda lalui dalam kerjaya ini?

Kebuntuan dalam menjana idea adalah cabaran terbesar bagi semua orang yang terbabit dalam bidang seni, begitu jugalah dengan kartunis. Bermacam-macam cara terpaksa dilakukan bagi memastikan idea baru tidak kering.

Ini termasuk menonton filem, membaca buku dan mendapatkan maklumat terbaru dari internet untuk diolah dalam bentuk karya humor. Penerimaan masyarakat juga menjadi salah satu cabaran kerana masih ada ibu-bapa yang bersikap konservatif, tidak menerima menantu yang bekerja sebagai kartunis (ketawa).

Akhir sekali, apa yang anda ingin capai dalam bidang ini?

Matlamat saya ialah terus berkarya biar apapun perubahan yang berlaku dalam industri ini mengikut arus kemodenan. Melihatkan pasaran majalah humor yang kian menurun dari tahun ke tahun, saya memikirkan alternatif merevolusikan karya dalam bentuk digital.

Sehubunguan itu, internet adalah jalan terbaik untuk memastikan karya saya terus menemui pembaca - bukan saja di Malaysia tetapi di seluruh pelosok dunia.

Bukan itu saja, saya bercita-cita menampilkan karya saya dalam bentuk filem. Ini kerana selepas Mat Som (karya Lat) yang dihasilkan pada 1990-an, tiada lagi komik tempatan lain diadaptasikan ke filem.


Tarikh Lahir : 30 September
Asal : Pasir Mas, Kelantan
Blog : riorashid.blogspot.com

Wednesday, December 16, 2009

LAMANYA TAK UPDATE BLOG...

lamanya tak update blog... huhu!
previu la sikit new artwork untuk majalah APO? 2010...
tajuknya REMY: THE DRAGON HUNTER...
kisah seorg pemburu naga yg poyo macam pelukisnya la jugak... haha!!


Wednesday, September 2, 2009

TRY PAKAI BERUS...

dah bertahun tak melukis guna berus...
try balik semalam, rasa best & cool plak! heh...
kat bawah tu hasil keje guna berus tanpa sketch.
satu hal lagi, pakai berus ni lebih smooth & mencepatkan keje
berbanding melukis pakai pen selama ni... berpeluh nak
lakar line supaya nampak tebal-nipis.


pasni nak mantain terus melukis pakai beruslah... owhyeahhh!!

Sunday, August 23, 2009

E-CARD RAYA 2006

ecard ni gwe buat tahun 2006 lagi kalo tak silap... jumpa balik dalam
harddisk lama... saje nak bangkitkan awal2 kemeriahan hari raya kepada
diri-sendiri.



nama 'sandra' dalam ecard ni my ex-gf yang dah nak jadik bini org dah
lepas raya nanti... in advance, selamat pengantin baru kepada 'sandra'...

"it take a minute to have a crush on someone,
an hour to like someone and a day to love someone
- but it take a lifetime to forget someone..."

Saturday, August 22, 2009

MY 1ST COVER...

majalah APO? isu 256 mencatat sejarah peribadi untuk gwe
kerana ini cover pertama yg gwe lukis untuk majalah APO?
yang best & glamer nak mampos ni! isu ini jugak jadik hadiah
ramadan paling bermakna pasal ianya bumper puasa 2009.

selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua yg sudi menjenguk
blog gwe yg cikai seadanya ini... syukur kita masih bleh
menyedut oksigen ramadan 1430! barakallah...

Saturday, July 4, 2009

CARIOCATURE 2

ni beberapa bijik caricature yg gwe buat tahun lepas...
ilustrasi untuk sebuah buku kanak-kanak!
see more caricatures from me here!




Tuesday, June 23, 2009

ADA APA DENGAN THE RING-RING?

click image for larger view... kalo nak baca dialog ler! :)


Tuesday, May 19, 2009

MSC-IPCC SAMPLE BACKGROUND

ini beberapa sample background
proposal untuk pertandingan komik digital MSC IPCC...
baru start wiken ari tu...
hope sempat siapkan sebelum tarikh tutup 2 JULAI nanti.



Sunday, April 26, 2009

COVER APOLUSIA 249

APOLUSIA ni segmen sisipan dalam majalah APO?
selalunya pandan yang buat cover APOLUSIA ni... tapi isu
ni aku baru teringat belum dapat cover tu dari dia
untuk siapkan grafik APO? isu 249 (dateline hari isnin nieh!)
jadi terpaksa la bertungkus-lumus dalam sejam lebih malam ni
untuk lukis & warna cover APOLUSIA isu 249...
... inspired by CHEEK'S!!